Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan kerja ke Shanghai dan Hangzhou berjaya membuka peluang pelaburan serta kerjasama perdagangan baharu antara Malaysia dan China. Beliau turut menegaskan pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan dan dialog global.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan kerjanya ke Shanghai dan Hangzhou di China berjaya membuka peluang pelaburan dan
00:07kerjasama perdagangan yang memberi manfaat kepada Malaysia dan juga China.
00:11Menurut beliau, hubungan diplomatik yang semakin kukuh antara kedua-dua negara perlu dimanfaatkan untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama strategik.
00:19Perdana Menteri berkata penyertaan Malaysia dalam pertandingan dan sidang kemuncak World's Case Shanghai serta ekspor perdagangan digital global GDTE turut
00:28menyedelahkan keupayaan negara di peringkat antarabangsa.
00:31Beliau berkata platform berkenaan membolehkan Malaysia mempromosikan bakat, kemahiran dan potensi ekonomi digital negara kepada komuniti global.
00:40Dalam masa sama, Anwar menegaskan bahawa perkembangan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan AI perlu diseimbangkan dengan nilai kemanusiaan.
00:49Anwar turut menyeru agar dunia mengutamakan dialog dan kerjasama dalam menghadapi ketidaktentuan global yang semakin kompleks.
00:57Beliau turut menegaskan komitmen untuk meneruskan jelajah diplomasi madani bagi memperkukuh hubungan antarabangsa dan membuka lebih banyak peluang yang memberi
01:06manfaat kepada rakyat dan negara.
01:10Terima kasih telah menonton!

Recommended