Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
Google akan melancarkan sebuah satelit prototaip bagi menilai prestasi cip Kecerdasan Buatan (AI) syarikat itu di angkasa lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Google akan melancarkan sebuah satelit prototipe bagi menilai prestasi cip kecerdasan buatan AI syarikat itu di angkasa lepas.
00:10Menurut Google, dalam satu hantaran blog, Tensor Processing Units TPU akan dibawa menaiki roket SpaceX Falcon 9 minggu depan
00:20bagi menguji keupayaannya menghadapi tekanan fizikal penerbangan angkasa serta tahap radiasi dan suhu ekstrim di angkasa.
00:30Jelas syarikat gergasi teknologi itu lagi, ujian pertama ini bertujuan melihat keberkesanan, mengenalpasti titik kelemahan dan menggunakan penerbangan itu bagi
00:39misi akan datang.
00:40Google berkata penyejukkan pusat data di orbit serta memastikan satelit dapat berkomunikasi pada jalur lebar sangat tinggi dalam jarak amat
00:48dekat turut menjadi cabaran pasukan kejuruteraan.
00:51Usaha menjadikan angkasa sebagai lokasi untuk menjalankan pekomputeran AI berskala besar memerlukan masa dan pembangunan secara berperingkat.
01:00Langkah pertama ialah memastikan perkakasan yang dimiliki Google mampu bertahan dalam keadaan fizikal mencabar dan tidak menentu ketika beroperasi di
01:09orbit.
01:09Terima kasih.
01:10Terima kasih.

Recommended