00:00Dua organisasi media AS, CNN dan MS Now, memaklumkan mereka telah diberikan semula akses ke kawasan White House pada Khamis.
00:11Perkembangan itu susulan keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan Tim Kelly yang mengarahkan akses media berkenaan dipulihkan serta merta.
00:23Terdahulu pada hari sama, wartawan CNN, MS Now dan Politico masih dihalang memasuki White House beberapa jam selepas keputusan Mahkamah
00:32dikeluarkan.
00:33Kelly mendapati penarikan kelayakan akses wartawan terbabit berkemungkinan melanggar hak proses wajar mereka di bawah Perlembagaan AS.
00:42Balai Atur mengarahkan larangan itu dihentikan selama 14 hari dan mempersoalkan hujah keselamatan negara yang digunakan Jabatan Kehakiman AS bagi
00:51mewajarkan tindakan berkenaan.
00:54Sebelum ini, CNN, MS Now dan Politico menyatakan kesediaan mencabar pentadbiran Trump selepas pas media wartawan mereka dirampas dan akses
01:04ke White House disekat sekaligus mencetuskan pertikaian berhubung akses media dan kebebasan akhbar.
01:12Terima kasih kerana menonton!