00:00Bekas Senator Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesien Air Keroh Melaka pada Jumaat atas
00:08pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.
00:12Beliau berusia 84 tahun memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Nur Adilah, Raja Mahyaldin.
00:21Rais didakwa pada 5 Jun 2026 sekitar jam 1.30 di sebuah hotel di Simpang 4, Alur Gajah telah menyebut
00:30perkataan yang didakwa menghasut.
00:32Kenyataan disebut mendoakan selamat kepada Tunku Nazaruddin sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.
00:40Jadi selepas ini bebaslah Yang Duli Maha Mulia, Tunku Nazaruddin sebagai Yang Di-Pertuan Besar ke-12 melakukan apa saja
00:49hal-hal kedirajaan.
00:50Dan seruan kami ialah tumpukanlah taat setia kepadanya oleh kerana kita mengikut lunas undang-undang dan juga lunas adat yang
00:59ada di Negeri Sembilan.
01:01Rais yang juga pengerusi Parti Wawasan Negara didakwa melakukan kesalahan mengikut Perenggan 4-1-B Akta Hasutan 1948, Akta 15
01:11yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4-1 Akta Sama.
01:16Jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
01:25Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta 27 Oktober depan bagi sebutan semula kes.
01:35Terima kasih.
01:36Terima kasih kerana menonton!