Skip to playerSkip to main content
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman memohon maaf kepada Jabatan Penjara Malaysia serta menarik semula dakwaan kononnya banduan masih boleh mendapatkan bekalan dadah dengan mudah semasa menjalani hukuman di balik tirai besi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797333/berita/semasa/yasin-tarik-balik-dakwaan-dadah-bolos-di-penjara

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Yasin #Penjara

Category

🗞
News
Transcript
00:00Komposer dan penyanyi Yassin Sulaiman, 51 tahun, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Jabatan Penjara Malaysia
00:08serta menarik balik kenyakaan kontroversi dibuatnya dalam temubual podcast baru-baru ini.
00:14Saya ingin menyatakan bahawa penafian yang telah mereka lakukan adalah benar
00:21dan apa yang telah saya katakan dalam podcast-podcast yang berkenaan itu, tak betul lah.
00:35Semasa saya dalam penjara sebelum dimasukkan ke hospital bahagia, saya sebenarnya berada dalam fasa mania sakit bipolar disorder.
00:44So, mungkin akibat daripada itu, you know, saya mungkin tersalah anggap, tersalah faham, tersalah tafsir.
00:56Mungkin saya nampak benda yang tak ada, dengar benda yang tak ada dan sebagainya.
00:59Sehingga saya buat conclusion-conclusion yang tak betul tu lah.
01:04So, pihak penjara, pihak Jabatan Penjara lebih tahu tu tentang penjara daripada saya.
01:11Dan saya tidak, saya ni lah, saya mohon maaf, saya kesal.
01:17Saya tidak pernah bermaksud untuk mencemarkan nama baik Jabatan Penjara Malaysia.
01:25Para pegawai dan anggota di penjara mempunyai tugas yang berat.
01:32Mereka memikul amanah yang besar.
01:34Dan saya ucapkan terima kasih dan di atas segala khidmat yang mereka berikan kepada masyarakat dan negara.
01:46Dan bersama video ini, di bawah, di caption ada kenyataan media penuh saya tentang apa yang berlaku ini.
01:55Dan semoga dengan posting ini, segala kekeliruan yang berlaku dapat dileraikan dan diselesaikan.
02:05Dan saya harap isu ini tidak akan berpanjangan lagi selepas ini.
02:13So, apa yang saya kata dalam podcast tu semua tu, tidak benar.
02:20Dan saya tarik balik semua kenyataan tentang salah laku yang berlaku di dalam penjara.
Comments

Recommended