Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Google didenda €403 juta oleh Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland selepas didapati melanggar peraturan GDPR berkaitan pemprosesan data lokasi pengguna.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Pelindungan Data Island mengenakan denda 403 juta euro terhadap Google
00:05selepas mendapati syarikat teknologi itu melanggar peraturan pelindungan data kesatuan Eropah.
00:11Siasatan yang dimulakan 6 tahun lalu itu meneliti pemprosesan data lokasi pengguna oleh Google Island
00:17susulan aduan yang dikemukakan beberapa pertubuhan hak pengguna di Eropah.
00:24Pihak berkuasa mendapati sebahagian pengguna mungkin tidak menyedari data lokasi mereka digunakan
00:30bagi tujuan periklanan dan analisis minat pengguna.
00:34DPC berkata data lokasi boleh mendedahkan maklumat pribadi yang sangat sensitif mengenai seseorang individu.
00:41Selain didenda, Google diberi tempoh 6 bulan untuk memastikan semua amalan pemprosesan data mematuhi kehendak GDPR.
00:48Google bagaimanapun menjelaskan bahawa polisi yang menjadi subjek siasatan itu telahpun dikemas kini sejak 2019.
00:56Syarikat itu berkata pengguna kini mempunyai lebih banyak kawalan terhadap data lokasi
01:02termasuk pilihan pemadaman automatik dan pengurusan iklan diperibadikan.
01:06Pihak berkuasa Island terus memaklumkan masih terdapat tiga siasatan lain melibatkan Google yang sedang dalam proses penelitian.
Comments

Recommended