Skip to playerSkip to main content
Kumpulan Cabaran Everest Base Camp (EBC) 2026 yang diketuai Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar terpaksa menempuh perjalanan darat lebih 30 jam selepas penerbangan dari Kathmandu ke Lukla dibatalkan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak beberapa hari lalu.

Selepas tiba di Surke pada lewat malam dan berehat semalaman, kesemua 10 peserta memulakan perjalanan kaki pada jam 7.30 pagi menuju Everest Base Camp yang terletak pada ketinggian sekitar 5,364 meter dari aras laut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797122/berita/nasional/cabaran-ebc-2026-peserta-redah-perjalanan-darat-lebih-30-jam

Muzik: Lone Canyon-Quiet Sight dari www.soundstripe.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #EverestBaseCamp2026 #Everest #Pendaki

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 30 jam di atas jalan darat sebelum pendakian sebenar bermula.
00:05Itulah cabaran pertama yang terpaksa ditempuhi,
00:08kumpulan cabaran Everest Base Camp 2026
00:11diketuai tokoh wartawan negara Tan Sri Johan Jafar.
00:15Penerbangan dari Katmandu ke Lukla terpaksa dibatalkan.
00:18Susulan cuaca tidak menentu sejak beberapa hari lalu.
00:21Namun, misi tetap diteruskan.
00:24Dua buah jeep membawa ke semua 10 peserta
00:27bersama kelengkapan mereka dari Katmandu
00:29menuju ke Surkih yang dipilih sebagai titik permulaan pendakian.
00:33Bermula Jumat lalu, lebih 16 jam perjalanan ditempuhi
00:37sebelum mereka tiba di Seleri di daerah Solu, Kumbu untuk berehat.
00:42Keesokan harinya, tepat jam 7 pagi, perjalanan bersambung.
00:46Sekali lagi, lebih 16 jam dihabiskan
00:49melalui laluan gunung yang berliku dan sempit
00:52termasuk beberapa kawasan terjejas akibat tanah runtuh
00:55sebelum mereka tiba di Surkih pada lewat malam.
00:58Selepas dua hari dan lebih 30 jam perjalanan darat,
01:02pendakian sebenar akhirnya bermula.
01:04Tepat jam 7.30 pagi hari ini,
01:07kumpulan meninggalkan Surkih menuju ke kawasan lebih tinggi.
01:11Selain Tan Sri Johan Jaafar,
01:13cabaran ini disertai
01:31cabaran ini dikendalikan pendaki Solo Muhammad Nur Mat Amin bersama istrinya Drupati pun.
01:37Kumpulan dijangka tiba di Namce Bazar esok tertakluk kepada cuaca,
01:42keadaan laluan dan kemampuan fizikal peserta.
01:45Sasaran seterusnya, Everest Base Camp pada 26 September
01:49pada ketinggian sekitar 5,364 meter dari aras laut.
01:54Namun, sasaran itu tetap bergantung kepada kesihatan peserta,
01:58penyesuaian badan terhadap altitude,
02:00kelancaran perjalanan dan keadaan cuaca.
02:03Lebih 30 jam perjalanan darat sudah ditempuhi.
02:07Kini, perjalanan menuju ke Everest Base Camp bermula.
Comments

Recommended