Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkukuh inisiatif Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) sebagai gerakan nasional bagi meningkatkan keyakinan, penggunaan dan pembelian produk tempatan.
Transcript
00:00Kementerian Peranggangan Dalam Negeri dan Kos Sarih Hidup KPDN akan terus memperkukuh inisiatif Jom Beli Produk Malaysia atau Jom Malaysia
00:08sebagai gerakan nasional bagi meningkatkan keyakinan penggunaan dan juga pembelian produk tempatan.
00:15Menterinya Dato' Armizan Mohd Ali berkata pendekatan itu bukan sekadar menggalakkan rakyat membeli produk buatan Malaysia malah turut memberi tumpuan
00:24kepada usaha memperkukuh jenama tempatan, meningkatkan daya saing usahawan serta membuka akses pasaran di peringkat nasional dan global.
00:36Beli berkata usaha itu penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang konsisten turut memberi manfaat kepada rakyat, khususnya perusahaan mikro,
00:44kecil dan sederhana atau PMKS.
00:47Kita perlu rangkumkan keseluruhan produk Malaysia yang ada dan yang keempat adalah untuk memperluas pasaran bukan hanya kita mewujudkan semangat
01:00protetisma rakyat kita ia bukan soal rakyat membeli tapi membina keyakinan terhadap produk Malaysia tetapi kita mahu supaya produk Malaysia
01:09ini dapat dibantu untuk dipasarkan di luar daripada sempadan negara.
01:15Jadi ini gerakan yang kita gerakan melalui jenama Malaysia ini bukanlah program one-off.
01:23Festival ini hanya merupakan salah satu daripada mekanisme untuk kita gerakan.
01:30Jadi kita merayu melalui festival sebegini dengan beberapa program lain.
01:36Bukan hanya ia menjadi satu platform untuk kita mempamerkan produk-produk tempatan tapi kita mengharap ia boleh menyuntik dan menyemarakkan
01:48semangat protetisma, ekonomi dan juga kesedaran rakyat kita.
01:54Armizan berkata festival Jom Malaysia bukan sekadar menyediakan platform kepada PMKS dan peniaga kecil untuk memasarkan produk tempatan.
02:01Malah bertujuan menyemarakkan kesedaran serta patriotisme ekonomi dalam kalangan rakyat.
02:07Dalam pada itu beliau berkata penubuhan jawatan kuasa kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan yang dipersetujui jembaah menteri
02:14pada 15 Julai lalu
02:15turut menjadi antara langkah penting dalam memperkukuh agenda berkenaan.
02:20Katanya jawatan kuasa itu bertujuan memperkemas hala tuju serta penyelarasan antara kementerian dan agensi kerajaan
02:25termasuk meningkatkan nilai jualan domestik dan ekspor serta mengurangkan kebergantungan kepada impor.
02:32Beliau berkata KPDN juga akan meneruskan pelbagai inisiatif strategik termasuk kolaborasi dengan platform e-dagang bagi memperluas capaian pasaran digital
02:40produk Malaysia.
02:42Armizan berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Festival Jom Malaysia Pulau Pinang 2026 di Stadium Batu Kawan pada
02:49malam Sabtu.
02:50Festival Jom Malaysia Pulau Pinang 2026 melansung dari 17 hingga 20 September dan merupakan siri ketiga serta terakhir bagi tahun
02:59ini.
02:59Antara pengisian festival berkenaan termasuk program jualan rahmah madani, pameran agensi kerajaan dan festival pengguna atau CONFEST 2026.
03:08Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended