Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur, terus menjadi tumpuan media bagi mengikuti perkembangan susulan kebenaran tahanan di rumah.

Bersama wartawan Umavathi Ramayah yang berada di lokasi.
Transcript
00:00Dalam pada itu, kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta Kuala Lumpur terus menjadi tumpuan media bagi mengikuti perkembangan
00:08susulan kebenaran tahanan di rumah.
00:10Kita akan terus bersama wartawan kita, Umar Vati Ramayah yang berada di lokasi. Silakan Umar.
00:18Baiklah, perkembangan dari Langgak Duta Kuala Lumpur setakat ini masih tenang tanpa sebarang pergerakan ketara di perkarangan kediaman Datuk Seri
00:27Najib Razak.
00:28dan yang kelihatan setakat ini hanyalah pembantu rumah dan anggota polis bantuan yang berada di sekitar kediaman ini.
00:35Dan semalam kita difahamkan pegawai jabatan penjara hadir ke kediaman ini bagi menilai aspek keselamatan.
00:43Mereka juga difahamkan menjalankan penilaian sama di sebuah lagi kediaman milik Datuk Seri Najib di pavilion semalam.
00:49Namun sehingga kini kita masih menunggu kenyataan rasmi jabatan penjara dan kementerian dalam negeri berhubung lokasi penempatan Datuk Seri Najib.
00:58Dan kita menjangkakan jabatan penjara akan mengeluarkan SOP bagi memperincikan aspek lawatan, kawalan serta pemantauan pergerakan bekas Perdana Menteri itu.
01:10Dan ini penting kerana antara perkara yang mungkin menjadi persoalan orang ramai ialah sejauh mana kebebasan pergerakan Datuk Seri Najib
01:17dibenarkan termasuk syarat yang perlu dipatuhi
01:20serta bagaimana pemantauan akan dilaksanakan sepanjang tempoh tahanan di rumah.
01:25Dan persoalan lain ialah sama ada beliau dibenarkan menerima kunjungan keluarga, bertemu pihak tertentu atau keluar dari kediaman bagi urusan
01:34yang dibenarkan
01:35serta apakah prosedur yang perlu dipatuhi bagi setiap pergerakan tersebut.
01:39Dan berdasarkan permahatian saya di lokasi aspek keselamatan di kediaman ini mungkin menjadi salah satu pertimbangan pihak berkuasa.
01:47Ini kerana kedudukan beberapa kediaman di sekitar yang tinggi berpotensi untuk membolehkan pergerakan di pekarangan rumah boleh dipantau dengan mudah.
01:58Dan bagaimanapun ini mungkin pemerhatian saya berdasarkan keadaan fizikal persekitaran dan belum dapat dipastikan sama ada yang menjadi pertimbangan rasmi
02:07kerajaan atau sebaliknya.
02:10Dan pada masa sama kita juga perlu mengambil kira bahawa Datuk Seri Najib perlu menjelaskan denda RM50 juta terlebih dahulu
02:17bagi membolehkan proses tahanan rumah diteruskan.
02:20Jadi memandangkan hari ini ahad dan pejabat pendaftar mahkamah tinggi Kuala Lumpur tidak beroperasi ada kemungkinan proses tahanan rumah tidak
02:28akan dilaksanakan hari ini.
02:31Namun perkara ini bergantung kepada prosedur serta keputusan pihak berkuasa.
02:36Dan sementara itu pengamal media juga dilehak berkumpul di lokasi ini seawal jam 8 pagi bagi mengikut perkembangan terkini.
02:45Dan untuk hari ini saya akan terus membawakan perkembangan dari semasa ke semasa dari kediaman Datuk Seri Najib Razak di
02:52Langga Duta dan kita kembali ke studio. Terima kasih.
Comments

Recommended