Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Turkiye memaklumkan beberapa cadangan baharu telah dikemukakan kepada Amerika Syarikat dan Iran dalam usaha menamatkan konflik yang berlarutan antara kedua-dua negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, Turki memaklumkan beberapa cadangan baru telah dikemukakan kepada Amerika Syarikat dan Iran dalam usaha menamatkan konflik yang berlarutan
00:10antara kedua-dua negara.
00:11Menurut Kementerian Luar Turki, Ankara bersama beberapa negara lain kini sedang berusaha memastikan proses rundingan antara Washington dan Teheran dapat
00:20diteruskan.
00:24Katanya Turki akan terus mengemukakan cadangan serta memainkan peranan diplomatik bagi membantu kedua-dua pihak mencapai penyelesaian.
00:32Tambahnya salah satu cabaran utama dalam proses tersebut ialah tahap ketidakpercayaan yang masih tinggi antara Amerika Syarikat dan Iran.
00:40Menurut Kementerian itu, kedua-dua negara pernah mencapai satu persefahaman melalui rundingan di Pakistan.
00:46Namun pelbagai isu muncul ketika proses pelaksanaan sehingga menjejaskan perkembangan persetujuan tersebut.
00:53Ankara menegaskan bahawa kedua-dua pihak kini berusaha meneruskan proses rundingan dengan memberi tumpuan kepada kepentingan masing-masing.
01:01Turki berpandangan penyelesaian melalui dialog dan diplomasi kekal menjadi pilihan terbaik bagi mengelakkan ketegangan terus meningkat di rantau tersebut.
Comments

Recommended