00:00Tiga petugas media daripada CNN dan MSNOW dinafikan akses ke White House lepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umumkan sekatan
00:10terhadap beberapa organisasi berita.
00:13Mereka ialah wartawan CNN Betsy Kline dan korresponden MSNOW Akela Gardner serta seorang jurukamera rangkaian itu.
00:25Gardner dan jurukamera berkenaan dilaporkan dihalang memasuki White House pada pagi Sabtu selepas pas akses tetap mereka dibatalkan.
00:33Menurut Gardner, pasnya telah dinyah aktifkan ketika cuba diimbas di pintu masuk sebelum diambil oleh anggota perkhidmatan rahsia Amerika Syarikat.
00:43Tindakan itu menyusul pengumuman Trump menerusi platform truth social pada Jumaat yang menyekat CNN, MSNOW dan Politico daripada White House
00:52berkuatkuasa serta merta.
00:54Trump menuduh ketiga-tiga organisasi berkenaan menyebarkan berita palsu dan memberi amaran bahawa sekatan sama akan dikenakan terhadap media lain.
01:04Beliau bagaimanapun tidak menyatakan laporan tertentu yang menjadi asas kepada tindakan tersebut.
01:09CNN menegaskan wartawannya mempunyai hak untuk menjalankan tugas tanpa halangan atau campur tangan kerajaan.
01:18MSNOW pula berikram mengambil segala langkah yang diperlukan bagi mempertahankan kebebasan media, manakala Politico akan terus membuat liputan secara adil.
01:28Setakat ini, tiada wartawan Politico dikenalpasti secara khusus yang telah dihalang memasuki White House.
Comments