Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Seorang ibu mendakwa anak lelakinya berusia 14 tahun dipukul lima pelajar di asrama sebuah sekolah agama di Bukit Ibam, Rompin, sehingga mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Insiden anak dipukul pelajar senior di Asrama menyebabkan seorang ibu membuat keputusan untuk menukarkan anaknya ke sekolah lain.
00:08Siti Rohani Yusuf, ibu kepada seorang pelajar tingkatan 2 yang menjadi mangsa,
00:14mendakwa anaknya dipukul 5 pelajar senior dalam 2 kejadian di Asrama Sebuah Sekolah Agama di Muazzam Shah.
00:24Menurutnya kejadian pertama berlaku pada tengah malam 12 September lepas apabila anak sulungnya itu
00:29bersama seorang lagi pelajar tingkatan 2 dipanggil ke sebuah bilik Asrama sebelum didakwa dipukul beramai-ramai.
00:36Katanya kejadian kedua berlaku pada 15 September apabila anaknya didakwa dipukul pelajar sama menggunakan batang penyapu.
00:45Semua orang yang kena ni ditutup kepala dibukul beramai-ramai.
00:50Ada yang teruk, ada yang tak teruk.
00:52Tapi ada yang sampai lebam-lebam tu sampai anak saya tak boleh nak berjalan sangat.
00:59Dan saya agak terkilat bila mereka menggunakan batang penyapu, nak repeat lagi.
01:07Siti Rohani berkata anaknya selepas itu ada memberitahu warden dan guru mengenai apa yang berlaku
01:12serta merayu untuk tidur di rumah warden tetapi tidak dibenarkan.
01:17Sebab tu saya sangat kesal bila mana kita meletakkan pengharapan kepada guru untuk menjaga anak-anak
01:23tapi rupanya tidak seperti yang dijangka.
01:28So saya mengharap sangatlah kepada pihak berwajib, pihak sekolah
01:33tolong sangat-sangat, tolong mengambil benda ini sebagai benda yang serius
01:41supaya benda ini tidak berlaku lagi.
01:45Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Supertenden Syarif Syai Syarif Mondoy
01:49mengesahkan menerima laporan berhubung kes di Asrama Lelaki, sebuah sekolah agama di Bukit Ibam.
01:56Katanya, suspek terdiri daripada tiga pelajar tiketan lima dan dua pelajar tiketan empat.
02:01Menurutnya, punca kejadian adalah mangsa pertama didakwa ponteng kuliah agama
02:05manakala mangsa kedua bersubahat dengan mangsa pertama.
02:08Kesemua suspek telah ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan kes
02:12disiaf saat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Comments

Recommended