00:00Indonesia menerima kapal pengangkut pesawat pertamanya bekas kapal perang Italiis Desefei Garabaldi dalam usaha memperkukuh keselamatan maritim dan keupayaan tindak
00:11balas bencana.
00:13Kapal berusia 41 tahun itu disambut dalam satu upacara ketenteraan selepas tiba di pangkalan tentera laut di Pelabuhan Tanjung Priok,
00:21Jakarta Utara pada Jumaat.
00:25Ketua Turus Tentera Laut Indonesia Lasmana Muhammad Ali berkata kapal itu akan digunakan terutama bagi operasi ketenteraan selain peperangan namun
00:33boleh dikerahkan untuk misi tempur jika diperlukan.
00:37Kapal berkenaan mampu memuatkan sekurang-kurangnya 14 helikopter dan dijangka boleh berkhidmat antara 15 hingga 20 tahun lagi dan ia
00:45akan ditawliahkan sebagai KRI Sriwijaya pada minggu depan.
00:48Presiden Prabowo Subianto sebelum ini berkata kapal itu akan diubah suai untuk membawa helikopter dan drone selain berfungsi sebagai pusat
00:56arahan bergerak ketiga kebakaran hutan, banjir, gempa bumi serta letusan gunung berapi.
01:02Perolehan itu menjadikan Indonesia negara kedua di Asia Tenggara memiliki kapal pengangkut pesawat selepas Thailand.
01:09Bagaimanapun program itu turut mencetuskan persoalan mengenai kos dan keperluannya.
01:13Kementerian Kewangan Indonesia meluluskan pembiayaan RM450 juta manakala kos ubah suai sahaja dianggarkan boleh mencecah RM900 juta.
01:23Pakar pertahanan berpendapat Indonesia perlu menilai kos operasi, penyelenggaraan, tenaga kerja dan infrastruktur sokongan bagi memastikan manfaat kapal itu tidak
01:32dibebani kos yang terlalu tinggi.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments