Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Kementerian Dalam Negeri KDN masih menunggu surat rasmi daripada Lembaga Pengampunan berhubung keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan bersyarat di rumah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Dalam Negeri KDN masih menunggu surat rasmi daripada Lembaga Pengampunan berhubung keputusan
00:07membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Turazak menjalani baki hukuman secara tahanan bersyarat di rumah.
00:15Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata surat berkenaan penting dalam menentukan butiran
00:21serta tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan Jabatan Penjara mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
00:29Menurut beliau, pihaknya juga perlu meneliti kandungan keputusan berkenaan secara terperinci
00:34bagi mengetahui sama ada Lembaga Pengampunan menetapkan secara khusus lokasi atau premis untuk tahanan rumah berkenaan.
00:42Apapun, di peringkat Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara, kita menunggu keputusan resmi itu yang akan disampaikan
00:51secara hitam putih seperti mana keputusan Lembaga Pengampunan terdahulu disampaikan kepada kita.
01:00Kita akan tengok dalam keputusan Lembaga Pengampunan itu sama ada dia tetapkan premis
01:06ataupun dia serahkan kepada jatuh penjara.
01:08Sebab itu saya kata saya nak tengok dulu surat itu.
01:11Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyantuni keluarga mangsa
01:15empat kanak-kanak lemas di Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan, Kulim pada Sabtu.
01:44Selamat pagi.
01:50Tahanan Rumah boleh diteruskan.
01:53Yang dipertuan agung Sultan Ibrahim pada Jumaat berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib
01:58untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.
02:07Ketetapan itu dibuat selepas mendapat perkenan yang dipertuan agung Sultan Ibrahim
02:12yang mempergeruskan Masyarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada Jumaat.
Comments

Recommended