00:00Persatuan wartawan White House, WHCA dan National Press Club mengecam rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk melarang CNN, MSNOW
00:09dan Politico daripada membuat liputan di White House.
00:13Trump mendakwa ketiga-tiga organisasi media itu menyiarkan berita palsu, fiksyen dan pembohongan mengenai pentadbirannya selain memberi amaran, media lain
00:21mungkin turut dikenakan larangan.
00:26Presiden WHCA, J.K. Hendrik menegaskan perlembagaan Amerika Syarikat melindungi kebebasan media daripada campur tangan kerajaan.
00:34Menurutnya, isu itu bukan hanya melibatkan hak wartawan tetapi juga hak rakyat Amerika untuk menerima laporan lengkap dan bebas mengenai
00:41dasar serta keputusan Presiden.
00:43Presiden National Press Club, Mark Schaaf Jr. pula menyifatkan larangan berdasarkan ketidakpuasan terhadap liputan sebagai cubaan mengawal pihak yang dibenarkan
00:53melaporkan pelaksanaan kuasa Presiden.
00:55Skop larangan itu masih belum jelas. Pakar berpendapat sekatan menyeluruh terhadap kemudahan atau tauliah media White House boleh berdepan cabaran
01:03di bawah pindaan pertama pelembagaan Amerika Syarikat.
Comments