Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Tahun akademik baharu di Gaza bermula pada Sabtu, namun kepulangan kira-kira 541,000 pelajar ke sekolah berlangsung dalam suasana berbeza, selepas perang meninggalkan kemusnahan besar terhadap sistem pendidikan wilayah itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tahun Akademik Baharu di Gaza bermula pada Sabtu, namun kepeluangan kira-kira 541,000 pelajar ke sekolah berlangsung dalam suasana
00:09berbeza.
00:10Selepas perang meninggalkan kemusnahan besar terhadap sistem pendidikan di wilayah itu, bangunan sekolah yang dahulunya menjadi tempat anak-anak Gaza
00:19belajar, bermain dan membina cita-cita, kini banyak musnah atau tidak lagi selamat untuk digunakan.
00:30Menurut Kementerian Pendidikan Palestine, kira-kira 22,000 pelajar terbunuh sepanjang perang, manakala lebih 770 petugas sektor pendidikan, termasuk 532
00:40guru, turut kehilangan nyawa.
00:42Lebih memilukan, lebih 85% bangunan sekolah kerajaan di Gaza dilaporkan tidak lagi dapat digunakan.
00:49Sebahagiannya musnah sepenuhnya akibat serangan, manakala sekolah lain berada dalam kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon penampan garisan kuning menyebabkan pelajar
00:59tidak dapat kembali ke bilik darjah mereka.
01:02Kemusnahan itu bukan sekadar meranapkan bangunan sekolah, malah memaksa ribuan pelajar meneruskan pendidikan dalam keadaan serba kekurangan.
01:09Pihak berkuasa terpaksa mencari alternatif termasuk pembelajaran jarak jauh dan secara dalam talian bagi memastikan pendidikan anak-anak Gaza tidak
01:18terhenti sepenuhnya.
01:20Bagi sebahagian pelajar, kemulangan ke sekolah pada tahun akademik baru bukan lagi sekadar permulaan sesi persekolahan, tetapi usaha untuk meneruskan
01:28kehidupan dan mengejar cita-cita di tengah kesan kemusnahan perang.
Comments

Recommended