Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Empat penduduk terbunuh dan 21 lagi cedera selepas Rusia melancarkan serangan menggunakan bom berpandu, peluru berpandu dan dron ke beberapa wilayah Ukraine.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sekurang-kurangnya empat terkorban, manakala 21 lagi cedera dalam siri serangan terbaharu Rusia ke atas Ukraine yang berlaku sepanjang malam.
00:08Menurut Kementerian Luar Ukraine, serangan itu menyasarkan beberapa wilayah termasuk Sumi, Kharkiv, Odessa dan Kiev.
00:17Dua mangsa maut dan lapan lagi cedera termasuk dua kanak-kanak bila sebuah bom berpandu Rusia mengena sebuah bangunan kediaman
00:24sembilan tingkat di wilayah Sumi.
00:26Di Balakilya, wilayah Kharkiv, sepasang warga emas dilaporkan maut selepas rumah mereka dimusnahkan dalam serangan drone.
00:34Sementara itu serangan di Odessa menyasarkan sebuah bangunan pentadbiran sebelas tingkat dan mencederakan 10 orang termasuk dua anggota penyelamat.
00:42Pihak Ukraine turut mendakwa Rusia melancarkan serangan kedua ketika operasi penyelamat sedang dijalankan.
00:47Di Slovyans, tiga orang lagi cedera dalam serangan udara manakala dua mangsa berjaya diselamatkan dari sebuah bangunan yang terbakar di
00:55daerah Kramatoks.
00:57Menurut tentera udara Ukraine, Rusia melancarkan dua peluru berpandu dan 174 drone dalam serangan sepanjang malam itu.
01:05Daripada jumlah tersebut, 141 sasaran dilaporkan berjaya dipintas atau dinutralkan.
01:10Dalam masa yang sama, Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa berjaya memusnahkan 344 drone Ukraine di ruang udaranya serta menyerang pusat logistik
01:19dan pelabuhan yang digunakan oleh Kiev.
Comments

Recommended