Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Tiga maut manakala seorang lagi selamat dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun, di Ipoh, awal pagi, pada Ahad.
Transcript
00:00Bertemu kembali, pasangan suami isteri warga emas termasuk cucu mereka maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat di
00:08persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun di Ipoh awal pagi pada Ahad.
00:14Pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Perak, Datuk Sayani Saidun berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4 pagi tadi
00:22sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat Tambun dan Ipoh bergegas ke lokasi kejadian.
00:31Beliau berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Raja Ahmad Raja Ali 70 tahun, Zaitun Muhammad 64 tahun dan Niabdur Rahman
00:39Azimin Harid Helal 18 tahun.
00:42Manakala seorang mangsa Raja Ikuan Hadi Raja Ahmad 47 tahun selamat kerana dipercayai tidur di ruangan pagi rumah berkenaan.
00:50Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran rumah teres dua tingkat jenis kelas A berkeluasan 20 x 70 kaki
00:59dan terbakar kira-kira 70%.
01:02Sayani berkata mangsa lelaki berusia 70 tahun telah ditemui di dalam bilik air tingkat bawah rumah tersebut.
01:08Manakala dua lagi mangsa ditemukan di tingkat atas rumah.
01:12Seorang mangsa telah ditemui di bilik air tingkat atas dan seorang lagi mangsa ditemui di dalam bilik tidur berhampiran tingkap
01:20tingkat atas rumah.
01:22Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, kesemua mangsa mempunyai pertalian keluarga dan rumah ini dihuni seramai enam orang dan hanya
01:29empat orang sahaja yang berada di dalam rumah sewaktu kejadian berlaku.
01:33Katanya kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 8 pagi tadi dan kesemua mangsa diserahkan kepada pihak
01:42polis untuk tindakan selanjutnya.
Comments

Recommended