Skip to playerSkip to main content
Pencarian pemancing hilang masuk hari kelima melibatkan 105 batu nautika persegi

Operasi mencari seorang lagi pemancing yang masih hilang di perairan One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam memasuki hari kelima pada Jumaat, dengan kawasan pencarian meliputi 105 batu nautika persegi, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.

Pegawai Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Leftenan Nur Affiq Nor Hisham berkata, pencarian pada Jumaat tertumpu di kawasan sempadan perairan Selangor-Perak, khususnya sekitar Hutan Melintang, Perak, susulan penemuan dua mangsa di kawasan berkenaan sebelum ini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #MaritimMalaysia #Pemancing #Hilang

Category

🗞
News
Transcript
00:00Untuk hari kelima ni keseluruhan anggota yang berada di THC ni adalah selamai 35 orang
00:06termasuk pegawai dan juga anggota. Di Perak pula kita menjalankan aktiviti search and rescue ni
00:12menggunakan aset daripada Mariti Malaysia dan juga panggalan polis sebuah ni
00:19iaitu KM Nusa dan juga RH33.
00:22So, kita punya pencarian pada hari ni kita sektor dia sejauh 105 batu nautikal persegi lah untuk hari ni.
00:32Jadi, kalau ikutkan semalam kita menjumpa satu kali mangsa lah iaitu Muhammad Ridwan di kawasan
00:42di kawasan yang kita cari lah untuk hutan lintang pada hari ni. Jadi, kami meneruskan pencarian di tempat yang sama
00:49di kawasan hutang lintang.
Comments

Recommended