00:00Seramai 52 mayat ditemukan setakat Jumaat selepas feri Virgo Transport 8 karam di Laut Jawa awal bulan ini.
00:10Manakala 83 lagi masih hilang.
00:12Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan 108 daripada 243 penumpang dan kru yang berada di atas feri itu berjaya diselamatkan.
00:23Mayat yang ditemukan dibawa ke hospital polis di Banjar Masin untuk proses pengecaman sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.
00:30Dalam operasi Mencari dan Menyelamat, pasukan penyelam terpaksa memecahkan tingkap feri bagi memasuki bangkai kapal dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap
00:38di dalamnya.
00:39Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia memaklumkan semua sumber yang ada terus digerakkan dalam operasi pencarian mangsa.
00:47Pihak berkuasa turut merancang untuk mengapungkan dan membawa keluar bangkai feri yang berada pada kedalaman kira-kira 30 meter.
00:54Untuk rekod, feri berkenaan dalam perjalanan dari Surabaya, Jawa Timur menuju Banjar Masin, Kalimantan Selatan apabila menghantar isyarat kecemasan pada
01:0313 September selepas dilaporkan senyit ketika berdepan laut bergelora dengan ombak mencecah 3 meter.
01:10Pihak berkuasa kemudian mengesahkan feri itu karam di perairan Kepulauan Masa Lembo di Laut Jawa.