00:00Baik, sedikit pengisian lanjut dengan apa yang dikongsikan oleh Dato' Sri Muhammad Hassan atau Tok Mat.
00:05Ini adalah statistik iklim yang menakutkan.
00:09El Nino tahun ini berisiko menyebabkan kira-kira 451 ribu lagi kematian.
00:16Akibat haba melampau di seluruh dunia, dalam tempoh separuh pertama corak iklim itu-itu, kata laporan Universiti Chicago yang dikeluarkan
00:23pada Rabu lepas.
00:24Unjuran kematian itu meliputi tempoh dari Jun 2026 ketika El Nino semasa bermula sehingga Februari 2027.
00:33Anggaran jumlah hari yang mengalami suhu yang amat panas boleh meningkat sebanyak 44% berbanding tahun-tahun biasa.
00:40Dirantau Sahil sebagai contoh, diunjurkan mencatatkan tambahan 66,800 kematian akibat haba dari September hingga Februari.
00:50Asia Tenggara pula, kawasan kita, merekodkan hampir 39,000 kematian tambahan.
00:56Manakala di India dan Brazil, masing-masing diunjurkan mencatatkan 18,800 dan 13,300 kematian tambahan akibat fenomena ini.
01:07Bagaimanapun, puluhan ribu kematian boleh dicegah melalui tindak balas kecemasan dan langkah untuk meningkatkan daya tahan yang disasarkan.
01:14Termasuk sistem amaran awal, pusat penyejukkan serta pelindungan untuk pekerja luar bangunan.
01:21Laporan itu menyifatkan El Nino semasa sebagai gambaran awal masa depan kita dengan suhu yang dialami ketika ini menyerupai keadaan
01:29yang mungkin menjadi normal dalam tempoh kira-kira 20 tahun sekiranya usaha penyesuaian tidak dipertingkatkan.
01:35Itu adalah salah satu lagi perkara yang sangat dikuatiri bukan sahaja untuk generasi yang akan datang tetapi seperti yang dikongsikan
01:43ancaman semasa.
01:45Terima kasih.
01:45Terima kasih.