Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan, keperluan setiap lapisan masyarakat berbeza, termasuk golongan pertengahan yang menerima manfaat melalui subsidi bersasar, kesihatan, pendidikan dan peluang pekerjaan berkualiti.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kembali sinarawan ini diteruskan dengan perkembangan menjelang Belanjawan 2027 golongan berpendapatan pertengahan M40.
00:08Tidak terpinggir daripada bantuan kerajaan.
00:10Sebaliknya sokongan kepada kumpulan itu disalurkan dalam pelbagai bentuk termasuk subsidi bersasar,
00:16perkhidmatan kesihatan dan pendidikan serta penciptaan pekerjaan yang berkualiti.
00:22Menteri Keuangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Hazizan berkata,
00:24pendekatan kerajaan mengambil kira keperluan yang berbeza bagi setiap lapisan masyarakat
00:29dan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan pemberian bantuan tunai secara langsung.
00:36Dalam temubual eksklusif bersama Niagawani, beliau menegaskan sokongan kepada golongan M40
00:42tidak boleh terhad kepada subsidi atau perkhidmatan awam semata-mata.
00:46Sebaliknya, kerajaan terut memberi penekanan kepada usaha meningkatkan mobiliti sosial,
00:51menerusi penciptaan lebih banyak pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi.
00:56Jadi, golongan pertengahan itu memang dapat daripada apa yang kita buat di tulangan ini.
01:01Tapi penjimatan yang kita buat daripada penyiasaan subsidi,
01:05kita gunakan balik untuk meningkatkan perkhidmatan daripada segi kerajaan.
01:10Yang penting untuk mereka dalam golongan pertengahan ialah
01:15investment yang kita buat dalam pendidikan, kesihatan.
01:19Kerana mereka juga bergantung pada kualiti yang keluar pada kesihatan dengan pendidikan.
01:26Jadi, peruntukan kita melihat untuk menambah.
01:28Kita dah melihat beberapa tahun ini,
01:31peruntukan kesihatan dengan pendidikan adalah antara yang tertinggi dalam melanjauan kerajaan.
01:37kerana kita nak servis yang didapatkan ke sana sampai kepada rakyat dengan lebih baik lagi.
01:44Beliau berkata, lebih banyak peluang kemajuan kerjaya perlu diwujudkan
01:48supaya golongan pertengahan dapat meningkatkan pendapatan dan memperbaiki taraf hidup.
01:53Beliau berkata, Malaysia perlu beralih daripada struktur pekerjaan
01:57yang masih tertumpu kepada aktiviti berkemahiran rendah
02:00kepada sektor bernilai tinggi yang menawarkan produktiviti serta gaji lebih baik.
02:05Justru, agenda meningkatkan siling ekonomi bukan sekadar menarik lebih banyak pelaburan
02:10tetapi memastikan pertubuhan itu diterjemahkan kepada peluang kerjaya
02:15dan peningkatan pendapatan yang lebih baik untuk golongan pertengahan.

Recommended