00:00Bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS perlu berfungsi sebagai sokongan ketika berdepan dengan tekanan ekonomi, bukannya menjadi tongkat
00:09yang mewujudkan kebergantungan berpanjangan.
00:12Menteri Keuangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, matlamat kerajaan adalah membantu PMKS membina daya tahan dan meningkatkan daya
00:21saing supaya mampu berkembang menjadi syarikat yang lebih besar.
00:26Bagaimana kita nak menolong PMKS? Bukan untuk memberi tongkat untuk selama-lamanya, tapi menolong semasa ada tekanan yang ada.
00:36Dari tahun ini, kita ada Stabilization Relief Fund yang dibuat oleh Bank Negara. Buat masa sekarang, dia ada RM5 bilion
00:46yang diberikan dan dari kerajaan kita membeli lagi RM5 bilion daripada segi SGPP, garanti yang kita buat.
00:53Ini adalah dana yang boleh dimohon oleh PMKS untuk working capital, untuk dia terus menjana perniagaan yang lebih baik.
01:04Kedua, kita tak nak hanya menampung dana sahaja. Kita juga memberi pertolongan dengan memberi didikan, memberi mekanisme untuk meningkatkan daya
01:16saing oleh PMKS melalui latihan-latihan yang buat oleh agensi-agensi kita.
01:20Kerana kalau kita mengubah cara dia bersaing, mengubah kompetitasnya, dia lebih kuat lagi di masa depan.
01:27Pada masa sama, beliau menegaskan tindakan kerajaan memperketat syarat berkaitan insentif kepada pelabur asing bertujuan memastikan pelaburan ke Malaysia mampu
01:37menghasilkan limpahan kepada syarikat tempatan.
01:39Ini termasuk penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan serta perlibatan PMKS tempatan sebagai vendor dalam rantaian bekalan syarikat pelabur.
01:48Menurut beliau, pengukuhan ekosistem itu penting supaya lebih banyak PMKS mampu berkembang daripada perniagaan mikro kepada kecil, sederhana dan akhirnya
01:58menjadi syarikat besar.
02:00Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara eksklusif bersama niaga awal ini yang disiarkan pada Jumaat.