00:01Baik, ini berita yang baru kami terima. Kita ke perkembangan kes Dato' Sri Najib Razak dan isu pengampunan besyarat ke
00:08atas bekas Perdana Menteri itu.
00:10Hari ini, Peguam Najib Tan Sri Muhammad Syafi'i Abdullah mengadakan sidang media berhubung pelaksanaan pengampunan besyarat yang membolehkan bekas
00:17Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
00:21Rakan tugas Umar Vati Ramayah yang ketika ini berada di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ada perincian dan intipati sidang media
00:28itu. Silakan Umar.
00:31Baiklah, ketika ini saya berada di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan sebentar tadi, Peguam Dato' Sri Najib Tan Sri Muhammad
00:37Syafi'i Abdullah mengadakan sidang media dan antara perkara utama yang dibangkitkan ialah status pelaksanaan pengampunan besyarat yang membolehkan bekas
00:46Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
00:50Dan setakat ini Tan Sri Syafi'i memberitahu Dato' Sri Najib Razak masih belum menerima surat rasmi berkaitan keputusan pengampunan
01:00besyarat itu walaupun sudah memasuki hari ke-8 hari ini selepas keputusan berkenaan dikeluarkan.
01:06Malah menurut beliau Jabatan Penjara juga masih belum menerima surat berkenaan dan Tan Sri Syafi'i berkata keadaan itu menyukarkan
01:14pihaknya untuk mengetahui secara rasmi syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi melaksanakan keputusan pengampunan berkenaan.
01:22Beliau turut menjelaskan selepas keputusan dibuat yang dipertuan agung urusan dokumentasi berkaitan keputusan itu adalah di bawah bahagian alewal undang
01:32-undang Jabatan Perdana Menteri dan bukannya Istana Negara.
01:35Dan mengenai syarat dendah 50 juta perkara itu Tan Sri Syafi'i berkata Dato' Sri Najib sendiri tidak mempunyai kemampuan
01:42untuk membayar jumlah berkenaan.
01:45Beliau turut menjelaskan wang sekitar 600 USD yang pernah diterima Dato' Sri Najib menurut keterangan dalam mahkamah sudah dipulangkan manakala
01:55baki digunakan untuk perbelanjaan politik dan sebagainya.
01:59Dan Tan Sri Syafi'i juga mendakwa akaun Dato' Sri Najib telah dibekukan dan beliau tidak mempunyai akses kepada dana
02:06berkenaan.
02:06Dan permohonan stay yang difailkan hari ini dibuat kerana keadaan sudah berubah berbanding ketika keputusan sabitan kes 1MDB dibuat.
02:16Dan sebelum ini pihak pembelaan sengaja tidak memohon penangguhan hukuman 1MDB kerana Dato' Sri Najib ketika itu sudah menjalani kes
02:24hukuman SRC International.
02:26Namun selepas keputusan pengampunan bersyarat yang turut membabitkan tahanan rumah pihak pembelaan, kini mahu hukuman 1MDB ditangguhkan supaya tidak terus
02:36berkuat kuasa selepas hukuman SRC selesai.
02:39Dan permohonan itu akan didengar di mahkamah tinggi pada 14 Oktober ini.
02:44dan sekiranya permohonan stay itu diluluskan dan RM50 juta dibayar, Dato' Sri Najib akan kemungkinan Dato' Sri Najib boleh dikeluar
02:55dari penjara pada hari yang sama
02:57ataupun mungkin beliau memerlukan beberapa hari lagi untuk proses-proses mahkamah untuk selesai sebelum beliau menjalani hukuman di kediaman beliau.
03:10Dan mengenai lokasi, Tan Sri Syafi'i sebentar tadi memberitahu kemungkinan besar langgak duta merupakan lokasi yang mudah dikawal kerana
03:18mempunyai akses keluar masuk yang terhad.
03:21Bagaimana dengan pelaksanaan rasmi tahanan rumah masih bergantung kepada dokumentasi dan arahan rasmi yang berkaitan?
03:29Berhubung kelewatan surat berkenaan, Tan Sri Syafi'i berkata pihak yang buat masa ini masih menunggu dan belum memutuskan untuk
03:36mengambil tindakan.
03:38Namun beliau memberi bayangan tindakan undang-undang boleh dipertimbangkan sekiranya kelewatan itu berterusan.
03:45Malah menurut beliau keadaan itu akan menjadi lebih serius sekiranya permohonan stay diluluskan pada 14 Oktober ini.
03:54Tetapi Dato' Sri Najib masih tidak dapat keluar kerana pihak berkuasa belum menerima dokumen berkenaan pelaksanaan tahanan tersebut.
04:01Dan sekiranya itu sahaja perkongsian yang dapat saya kongsikan dari Mahkamah Kuala Lumpur.
04:06Pada jam ini kita kembali ke studio. Terima kasih.
Comments