00:00Sebulan selepas banjir besar dan tanah runtuh melanda kawasan pergunungan Nepal berhampiran sempadan China, kesan tragedi itu masih jelas dengan
00:08usaha mencari mangsa serta memulihkan kawasan terjejas terus dijalankan.
00:13Bencana pada 26 Ogos lalu mengorbankan lebih 1,200 orang manakala ribuan lagi dilaporkan hilang dan puluhan ribu penduduk terpaksa
00:22meninggalkan kediaman masing-masing.
00:26Tanah runtuh yang melibatkan ais, batu dan lumpuh mencetuskan banjir besar memusnahkan rumah, jalan raya serta jampatan dan menenggelamkan beberapa
00:34projek hidroelektrik.
00:35Antara kawasan paling teruk terjejas ialah daerah Rasuah dan Nuwakot dengan sebahagian penempatan ditenggelami lumpuh serta serpihan akibat arus deras.
00:43Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selama beberapa minggu termasuk di terowong projek hidroelektrik yang dipercayai menempatkan pekerja yang terperangkap.
00:51Beberapa mangsa berjaya diselamatkan selepas berhari-hari terperangkap termasuk seorang lelaki Cina yang dikeluarkan dari sebuah terowong pada 5 September.
01:00Tentera Nepal turut menggunakan drone bagi menghantar bantuan kepada komuniti yang terputus hubungan selepas zalan raya dan jampatan musnah.
01:07Cina dan India turut mengerahkan pasukan penyelamat bagi membantu operasi mencari mangsa dan menguruskan kesan bencana.
01:12Sebulan selepas tragedi, kerja pembersihan dan pemulihan masih berlangsung, manakala penduduk yang kehilangan rumah kini berdepan cabaran untuk kembali menjalani
01:21kehidupan seperti biasa.
01:22Di beberapa kawasan, hanya runtuhan bangunan dan timbunan lumpuh yang tinggal menjadi gambaran kemusnahan akibat bencana yang melanda negara Himalaya
01:30itu.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments