Skip to playerSkip to main content
  • 34 minutes ago
NRES sedang meneliti cadangan menggubal undang-undang khusus bagi menangani isu jerebu rentas sempadan termasuk mengambil kira pendekatan yang dilaksanakan di Singapura.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam NRES sedang meneliti cadangan menggubal satu akta khusus bagi menangani isu jerebu rentas sempadan.
00:10Menurut setiausaha bahagian pengurusan alam sekitar NRES Dr. G. Pubadi, Kementerian kini meneliti mekanizem yang digunakan Singapura sebagai antara rujukan
00:20bagi membangunkan kerangka perundangan yang lebih menyeluruh.
00:25Beliau berkata proses menggubal akta khusus bukan satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan penelitian terhadap pelbagai aspek termasuk kuasa
00:32perundangan, penguatkuasaan dan kerjasama antara agensi.
00:36Selain itu, Menteri NRES Datuk Seri Akta Joseph Kurup turut mengarahkan penubuhan sebuah jawatan kuasa khas yang melibatkan kementerian dan
00:44agensi berkaitan.
00:45Jawatan kuasa itu akan meneliti langkah-langkah baru bagi memperkukuh usaha negara menangani jerebu rentas sempadan.
00:51Dalam masa yang sama, Malaysia turut membentangkan kertas berkaitan diplomasi sains dan dana jerebu mampan pada mesyuarat kumpulan kerja teknikal
01:00dan jawatan kuasa pemandu peringkat Menteri Sab Rantau di Bali, Indonesia.
01:05Dr. Pubadi berkata cadangan itu menerima sokongan daripada Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Timor Leste.
01:11Katanya sokongan tersebut mencerminkan komitmen serantau untuk memperkukuh kerjasama dalam menangani masalah jerebu yang terus memberi kesan kepada kualiti udara
01:20dan kesihatan awam.

Recommended