00:00Malaysia mencadangkan tiga keutamaan bagi memperkukuh usaha pembinaan keamanan di peringkat antarabangsa.
00:06Menjeluar, Datuk Seri Muhammad Hassan berkata keutamaan itu meliputi pemilikan dan penyertaan oleh negara terlibat,
00:13tindakan antarabangsa yang lebih terancang dan selaras serta pengukuhan keupayaan negara dan modal insan.
00:20Berucap pada mesyuarat Suruhanjaya Pembinaan Keamanan PBB di New York,
00:24Beliau menegaskan usaha membina keamanan perlu dilaksanakan secara berterusan dan tidak hanya apabila konflik bermula atau berakhir.
00:33Menurut Muhammad, strategi pencegahan dan pembinaan keamanan perlu diterai oleh negara terlibat dengan menyertai dengan penyertaan wanita yang menyeluruh dan
00:43selamat.
00:44Beliau turut menggesa kerjasama lebih rapat antara Suruhanjaya itu dengan Majlis Ekonomi dan Sosial PBB.
00:50Malaysia katanya berkongsi pengalaman pembangunan melalui program kerjasama teknikal Malaysia.
00:56Sejak 1980, lebih 38,000 peserta dari 144 negara mendapat manfaat daripada program berkenaan.
Comments