Skip to playerSkip to main content
  • 58 minutes ago
SPRM dan FBI memperluas kerjasama melalui perkongsian kepakaran, latihan serta pembangunan kapasiti pegawai, termasuk menangani rasuah berkaitan penipuan dan cabaran jenayah rentas sempadan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhan Jaya Penjagaan Rasuah Malaysia, SPRM dan Biro Siasatan Persekutuan FBI Amerika Syarikat terus memperkukuh kerjasama menerusi perkongsian pengalaman, kepakaran
00:12serta pembangunan kapasiti dalam bidang penguatkuasaan.
00:15Ketua Pesuruh Jaya SPRM, Dato' Sri Abdul Halim Aman berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi FBI
00:23yang diketuai atasi penguatkuasaan undang-undang FBI, Verinder Singh, ke ibu pejabat SPRM pada Khamis.
00:35Jelasnya dalam satu kenyataan, kerjasama strategik dengan FBI merupakan platform penting bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan menerusi perkongsian pengalaman, kepakaran dan
00:46amalan terbaik selain memberi manfaat kepada pembangunan kapasiti pegawai SPRM.
00:51Abdul Halim berkata pertemuan hampir sejam itu turut membincangkan beberapa isu operasi termasuk rasuah yang mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan
00:59serta penyelarasan antara agensi penguatkuasaan dalam menangani cabaran jenayah rentas sempadan.
01:05Beliau berkata kunjungan itu turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka bidang kerjasama baru yang boleh diperkasakan pada
01:12masa hadapan khususnya dalam aspek penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pembangunan kapasiti.
01:18Tambahnya peluang untuk menyertai pelbagai program dan latihan yang dianjurkan FBI amat bernilai dalam memperkasa pengetahuan, kemahiran profesional serta keupayaan
01:27pegawai SPRM di samping memberi ruang kepada perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang penguatkuasaan.

Recommended