Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Kerajaan Filipina dan MILF kembali ke meja rundingan di Kuala Lumpur bagi membincangkan baki komitmen perjanjian damai CAB 2014.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mesyarat khas panel pelaksana damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro MILF bermula di Kuala Lumpur pada Jumaat.
00:09Pertemuan sehari itu memberi tumpuan kepada baki komitmen di bawah Comprehensive Agreement on the Bangsa Moro CAB yang dimetrai pada
00:182014.
00:22Delegasi Kerajaan Filipina diketuai penasihat Presiden mengenai keamanan, rekonsiliasi dan perpaduan setiausaha Mel Senan Sarmiento menekan panel MILF diketuai Mohaga
00:32Iqbal.
00:33Malaysia pula diwakili fasilitator proses damai General Bersara Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang memegang peranan itu sejak 2023.
00:41Antara yang menjadi tumpuan ialah proses normalisasi termasuk dekomisioning anggota dan senjata MILF, transformasi bekas skam serta keadilan peralihan dan
00:52rekonsiliasi.
00:54Kedua-dua pihak turut menuju ke arah Exit Agreement yang akan menandakan berakhirnya secara rasmi proses damai selepas semua komitmen
01:01CAP dipenuhi.
01:02Rundingan damai Kerajaan Filipina MILF bermula pada 1997 sebelum membawa kepada Pemeterayan CAP pada 2014.
01:09Proses itu menyaksikan perjuangan bersenjata beralih kepada Pemerintahan Autonomi Bangsa Moro dalam Filipina.
01:16Hasil mesyuarat khas itu dijangka diumumkan dalam sidang media pada jam 5 petang ini.

Recommended