Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata beliau menolak untuk menandatangani dokumen proklamasi pada April kerana mempersoalkan prosesnya. Beliau meminta Menteri Besar Ismail Lasim menjelaskan dakwaan bahawa kerajaan terdahulu menjadi punca kemelut adat dan institusi Raja.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meminta Menteri Besar Datuk Ismail Lasim menjelaskan secara khusus dawaan bahawa
00:08kerajaan terdahulu menjadi punca kemelut adat dan institusi raja di negeri itu.
00:13Dalam hantaran Facebook hari ini, Aminuddin berkata Ismail perlu menyatakan tindakan yang didakwa gagal dilaksanakan serta peruntukan undang-undang tubuh
00:22Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang didakwa dilanggar.
00:28Aminuddin mendedahkan beliau pernah diminta mendandatangani dokumen proklamasi bertarikh 19 April ketika masih menjadi Menteri Besar namun menolaknya pada 20
00:38April.
00:39Menurutnya keputusan itu dibuat kerana beliau mempersoalkan sama ada proses di bawah perkara 10 telah dipenuhi.
00:45Beliau kemudiannya meminta Ismail menjelaskan bagaimana tanda tangannya berada pada dokumen berkenaan sebelum mendakwa beliau dipaksa mendandatanganinya.
00:54Ismail sebelum ini memaklumkan beliau telah membuat laporan polis berhubung dakwaan paksaan itu.
01:01Aminuddin berkata siasatan perlu diberi ruang untuk menentukan fakta sebenar.
01:06Beliau turut menegaskan penjelasan kepada rakyat mesti berasaskan dokumen, kronologi dan peruntukan undang-undang bukan sekadar menyalahkan kerajaan terdahulu.
01:15Kenyataan Aminuddin itu menyusul selepas Ismail pada Khamis mendakwa kemelut berkenaan diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.
Comments

Recommended