Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Xi Jinping dan Donald Trump bertemu di White House dengan hubungan dua hala, perdagangan, kecerdasan buatan dan Taiwan antara perkara yang dibincangkan. Xi berkata pasukan perunding kedua-dua negara mencapai persefahaman baharu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Presiden China Xi Jinping menggesa Beijing dan Washington menerjemahkan hasrat membina hubungan yang stabil dan konstruktif kepada tindakan.
00:09Xi menyatakan perkara itu ketika bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di White House pada Kamis.
00:18Menurut Xi, kedua-dua negara perlu memperluas kerjasama, mengurus perbezaan dan memastikan persaingan terkawal.
00:24Dalam soal perdagangan, Xi Jinping berkata pasukan perunding kedua-dua negara mencapai persefahaman baharu.
00:29Beliau menyifatkannya sebagai perkembangan positif bagi industri dan ekonomi dunia.
00:33Kedua-dua pemimpin turut menyentuh kecerdasan buatan atau AI.
00:37Xi Jinping menggesa dalam mengenai manfaat dan risikonya termasuk usaha mencegah penyalahgunaan teknologi itu.
00:43Mengenai Taiwan, Xi Jinping menggesa yang berkesyarikat mengendalikan isu berkenaan dengan berhati-hati.
00:48Sementara itu, Trump pula mahu perbincangan perdagangan diteruskan bagi mencapai perjanjian yang lebih baik.
00:53Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai situasi di Asia Barat, konflik Ukraine dan semenanjung Korea.
01:00Xi Jinping dan Trump juga mengesahkan sokongan bersama terhadap penganjuran mesyuarat pemimpin ekonomi AIPAC dan sidang kemuncak G20 oleh kedua
01:07-dua negara.

Recommended