Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata, bantuan kerajaan membantu meredakan tekanan kos sara hidup, tetapi peningkatan pendapatan jangka panjang bergantung kepada ekonomi yang lebih berdaya tahan, pelaburan bernilai tinggi dan penciptaan pekerjaan berkualiti.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bantuan kerajaan berperanan sebagai pelindung sementara ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup.
00:07Namun peningkatan pendapatan yang lebih mampan memerlukan perubahan struktur ekonomi dan penciptaan pekerjaan berkualiti tinggi.
00:15Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,
00:18usaha kerajaan memperkukuh kepelbagaian ekonomi penting bagi meningkatkan daya tahan negara terhadap sebarang kejutan ekonomi
00:25di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat.
00:32Menurut beliau, langkah itu dilaksanakan menerusi dasar yang menggalakkan kemasukan pelaburan baharu
00:37selain meningkatkan pelaburan domestik melalui syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan GLC.
00:45Bantuan hanyalah untuk menahan buat masa sekarang bila ada kesan kos sara hidup dan ini semua.
00:52Tapi bila kita mengubah struktur ekonomi dengan pekerjaan yang lebih bermutu tinggi,
00:59peluang pendapatan itu lebih naik, lebih banyak dapat dibelanjakan dan menolong, menyokong domestik ekonomi dengan lebih baik juga.
01:08Jadi itulah usaha yang kita buat dalam kerajaan.
01:10Kerana itulah dalam kerangka ekonomi mendam ini, kita selalu bercakap pasal menaikkan siling, menaikkan lantai.
01:16Menaikkan siling itu dah jelas nampak, dia bergerak dengan baik.
01:21Sekarang usaha kita untuk mengecepatkan lagi, bagaimana menaikkan lantai yang ada dalam negara ini.
01:28Amir Hamzah berkata, perdekatan itu selari dengan kerangka ekonomi madani yang memberi tumpuan kepada usaha menaikkan siling ekonomi
01:35melalui pertumbuhan dan pelaburan serta menaikkan lantai dengan memastikan manfaat pembangunan diterjemahkan kepada pendapatan dan kesejahteraan rakyat.
01:43Kemajuan dalam usaha menaikkan siling ekonomi semakin jelas,
01:47manakala tumpuan seterusnya adalah mempercepat peningkatan lantai
01:50supaya lebih ramai rakyat mendapat manfaat secara langsung daripada pertumbuhan negara.
01:56Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara eksklusif bersama Estrawani yang disiarkan pada Jumaat.

Recommended