00:00Presiden Yaman Rashid Al-Alimi menyeru rakyat negara itu supaya menyertai angkatan tentera dalam usaha menghadapi peningkatan ancaman keselamatan.
00:08Dalam ucapannya pada Jumaat, Al-Alimi berkata rakyat Yaman perlu digerakkan untuk memperkukuh kekuatan ketenteraan kerajaan yang disokong Arab Saudi.
00:19Beliau turut menawarkan pengampunan umum pada masa hadapan kepada anggota dan penyokong Houthi yang meninggalkan kumpulan tersebut bermula 26 September.
00:27Menurut Al-Alimi, langkah itu bertujuan menggalakkan lebih ramai pejuang meninggalkan konflik bersenjata dan kembali menyokong usaha menstabilkan Yaman.
00:37Perkembangan itu berlaku ketika kumpulan Houthi yang disokong Iran meningkatkan serangan terhadap kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa.
00:44Kumpulan itu juga dilaporkan melancarkan serangan ke arah Arab Saudi sekaligus menjejaskan aliran ekspor minyak dari negara pengekspor minyak mentah
00:52terbesar dunia itu.
00:54Ketegangan berterusan di Yaman dilihat sebagai sebahagian daripada konflik lebih luas yang sedang berlaku di Asia Barat dan kini memasuki
01:01bulan ke-8.
01:02di Indonesia.
01:02Jangan lupa untuk mengarahkan ke arahan