00:00Intro
00:08Kementerian Pendidikan mengarahkan audit segera di sebuah sekolah di Kuala Pilah Negeri Sembilan
00:13susulan kematian seorang murid tingkatan 2
00:16Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadlina Siddiq berkata
00:19Jebaan Hazir akan meneliti aspek keselamatan dan pematuhan tata cara di sekolah itu
00:24bagi mengenalpasti sebarang ketidakpatuhan
00:27Menurutnya, polis sedang menyiasat kejadian berkenaan dan beliau dimaklumkan
00:31seorang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan
00:35KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama penuh kepada polis
00:39Fadlina berkata tiada pihak akan dilindungi sekiranya siasatan mendapati berlaku salah laku
00:45atau pelanggaran undang-undang
00:47Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan
00:50Beliau yang telah bertemu keluarga Allahyarham di hospital
00:54turut hadir ke sekolah berkenaan pagi ini untuk mendapatkan penjelasan
00:58KPM menyediakan kaunseling dan sokongan psikososial kepada keluarga
01:02serta warga sekolah yang terkesan