00:00Pemergian oleh Rahim Dato' Suhaimi Muhammad Zain atau Pak Ngah diakui satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.
00:07Malah penggiat seni bersetuju bahawa sehingga kini masih belum ada figura yang benar-benar mampu mengisi ruang ditinggalkan komposer berkenaan
00:16yang berjaya mengangkat irama Malaysia ke tahap lebih tinggi.
00:24Pak Ngah memulakan perjalanan seninya di Kompleks Budaya Negara sekitar penghujung 1970-an.
00:31Menurut Dekan Pusat Seni Pentas Tradisional Aswara, Muhammad Kamarul Zaman Taib, pengalaman mendalami muzik tradisional, tari dan teater di institusi
00:39itu membentuk identiti seni Allahyarham sehingga berjaya menghasilkan karya yang mempunyai nilai budaya serta jati diri Malaysia.
00:46Beliau berkata penguasaan mendalam terhadap muzik tradisional Melayu menjadikan karya ciptaan Pak Ngah berbeza daripada komposer lain.
00:53Pak Ngah apabila dia bekerja dalam bidang dalam penciptaan muzik ini, Pak Ngah tidak sekadar mengambil bunyi itu tetapi menguasai
01:04prinsip macam kalau kita dengar tarian ataupun muzik gamelan.
01:08Pak Ngah mengambil dan mengenal, menguasai ensemble repertoire lagu-lagu gamelan.
01:16Bukan sekadar ayat-ayat ataupun timang buruk tetapi ada 8 ke 10 lagu gamelan itu dikuasai dengan baik sekali.
01:22Begitu juga dengan lagu-lagu dalam wayang kulit.
01:26Beberapa lagu penting wayang kulit dikuasai.
01:28Dia tahu di mana letak lagu itu, di mana letak bunyi itu.
01:32Itu bagusnya Pak Ngah. Itu yang membezakan Pak Ngah itu dengar.
01:36Beliau macam library lah.
01:37Ya.
01:38Petik saja dia tahu. Dia belajar.
01:40Sementara itu, timbalan dekan hal ehwal pelajar Fakulti Film, Theater dan Animasi UITM, Prof. Madia Dr. Nurzizi Zulkifli,
01:47menyifatkan Pak Ngah sebagai individu yang tegas, merendah diri dan sentiasa berusaha mempelajari perkara baru.
01:53Menurutnya, pengalaman luas dalam bidang tari dan theater memberi kelebihan kepada Allah Ya Raham untuk menghasilkan muzik yang mempunyai elemen
02:01dramatik serta penceritaan yang kuat.
02:04Antara karya yang terus diingati rakyat termasuk keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Cindai dan Nirmala.
02:10Malam Kemalai Raman pada saya bukan sahaja untuk menghargai tokoh tapi kita sebenarnya mencari siapa pewaris.
02:18Jadi, datanglah menonton bagi orang-orang komposer muzik. Semoga produksi ini memberi anda inspirasi.
02:26Moga kalau anda tak boleh jadi Pak Ngah pun. Jadi, mini, kecil Pak Ngah pun tak apa.
02:30Sebab sekarang, kita mempunyai masalah siapakah pewaris dan legasi untuk menyambung segala apa usaha yang dibuat oleh Pak Ngah, Datuk
02:39Suami Muhammad Zain.
02:40Bagi menghargai jasa oleh Raham, Aswara akan menganjurkan malam Kemala Irama mengenang Pak Ngah pada 3 dan 4 Oktober depan
02:47sempena Festival Gemma Siswa Aswara.
02:51Forum apresiasi tokoh adikarya Pak Ngah turut diadakan pada 2 Oktober bagi membincangkan sumbangan besar beliau terhadap perkembangan muzik dan
02:58seni persembahan negara.
03:02Terima kasih kerana menonton!
Comments