Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersetuju membina hubungan yang lebih konstruktif serta stabil berasaskan saling menghormati, keadilan dan timbal balik. Persetujuan dicapai semasa lawatan negara Xi ke Amerika Syarikat di White House.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencapai persetujuan untuk membangunkan hubungan yang lebih konstruktif dan stabil
00:08antara kedua-dua kuasa besar dunia.
00:11Persetujuan itu dicapai dalam sesi minum petang yang berlangsung di White House.
00:16Kedua-dua pemimpin turut bersetuju untuk menambah kandungan baru kepada visi hubungan Amerika-China.
00:22Pertemuan itu menjadi kemuncak lawatan negara Xi ke Amerika Syarikat yang bermula pada rabu atas jemputan Trump.
00:28Lawatan selama tiga hari itu berlangsung beberapa bulan selepas Trump mengadakan lawatan negara ke China pada Mei lalu.
00:35Hubungan antara Washington dan Beijing kekal menjadi faktor penting dalam menentukan hala tujuh perdagangan antarabangsa, keselamatan serantau dan kerjasama pelbagai
00:44hala di peringkat global.

Recommended