Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Datuk Seri Nancy Shukri mahu formula berdasarkan nisbah satu pertiga bagi perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat perlu diperincikan terlebih dahulu sebelum sebarang jumlah penambahan kerusi Parlimen ditentukan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Mengulas perkara sama, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nensi Syukri berkata,
00:07formula berdasarkan nisbah 1 per 3 bagi perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat perlu diperincikan
00:14sebelum sebarang jumlah penambahan kerusi Parlimen ditentukan.
00:19Jelasnya isu berkenaan telah disuarakan beliau bersama beberapa pemimpin Sarawak, termasuk dalam Kabinet.
00:25Namun tumpuan sebelum ini lebih diberikan kepada kerusi Dewan Undangan Negeri DUN,
00:31Nensi yang juga Naib Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu PBB berkata,
00:38perbincangan lanjut mengenai perkara itu perlu dibuat antara Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Persekutuan
00:45bagi menentukan kaedah serta ukuran yang sesuai.
00:4911 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
00:54kerajaan pada prinsipnya bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak
01:00melebihi kadar semasa, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
01:08Beliau berkata, keputusan itu turut melibatkan pindaan perlembagaan
01:12bagi membolehkan peningkatan penyertaan Ahli Parlimen dari kedua-dua negeri berkenaan.
01:17Terima kasih kerana menonton!

Recommended