Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Situasi jerebu memburuk semula apabila enam kawasan di dua negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras 'tidak sihat' setakat pukul 11.30 malam Sabtu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Situasi jerebu memburuk semula apabila enam kawasan di dua negeri merekodkan bacaan indeks pencemaran udara IPU pada paras tidak sihat
00:09setakat pukul 11.30 malam Sabtu.
00:12Menurut portal sistem pengurusan indeks pencemaran udara Malaysia, dua negeri itu ialah Johor dan Sarawak.
00:19Di Johor, Pasir Gudang mencatatkan IPU 155, diikuti Kota Tinggi 154, Pengarang 153 dan Larkin 152.
00:31Di Sarawak, bacaan IPU 115 direkodkan di IP di Serian, manakala Seri Aman mencatatkan 106.
00:39Tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat.
00:43Sementara itu, 56 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan enam kawasan pula mencatatkan bacaan IPU
00:53baik.
00:54Orang ramai digesa mengamalkan langkah-langkah keselamatan termasuk memakai pelitup muka sekiranya berdepan situasi jerebu di kawasan masing-masing.

Recommended