Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas yang terlibat dalam nahas di Lebuhraya Timur–Barat, Gerik yang meragut 15 nyawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Agensi Pengangkutan Awam Darat APAD mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas yang terlibat dalam nahas di Leboraya Timur Barat Gerik, Perak yang meragut 15 nyawa peruntut Universiti Pendidikan Sultan Idris UPSI.
00:16Menteri Pengangkutan Anthony Lok Siu Fok berkata, pada masa sama, Jabatan Pengangkutan Jalan juga sedang melaksanakan pemeriksaan dan audit keselamatan ke atas bas serta syarikat terbabit.
00:33Pemeriksaan itu dilakukan mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan dan Akta Pengangkutan Awam Darat.
00:38Tegas Lok, tindakan akan diambil sejurus selesai siasatan.
00:42Katanya kerajaan komited melindungi pengguna jalan raya terutamanya daripada ancaman pemandu tidak bertanggungjawab serta kenderaan berat yang tidak memenuhi piawayan keselamatan yang ditetapkan.
00:53Justeru kata Lok, pelaksanaan wajib Speed Limited adalah antara dasar yang sedang dirangka bagi kenderaan berat.
00:59Polisi itu sedang diteliti secara menyeluruh termasuk menutup sebarang ruang manipulasi selepas ia dikuatkuasakan kelak.

Recommended