Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Badan Peguam Malaysia mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung baki hukuman Najib dalam kes SRC International. Jika kebenaran semakan diberikan, Badan Peguam memohon pelaksanaan tahanan rumah ditangguhkan sementara menunggu keputusan semakan.
Transcript
00:00Badan Peguam Malaysia memfailkan tindakan undang-undang baru bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan
00:07yang membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International secara tahanan
00:16rumah.
00:17Pemohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 November
00:23dan dijadual didengar di hadapan Hakim S. Indra Nehru pada Kamis.
00:30Selain Lembaga Pengampunan dan Najib, Badan Peguam menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi undang-undang dan reformasi institusi
00:37serta Ketua Pengarah Penjara sebagai Respondent.
00:40Badan Peguam memohon Mahkamah mengisytiharkan bahawa proseding atau keputusan yang dikatakan dibuat mengikut perkara 40 dan 42 Perlembagaan Persekutuan
00:49tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan.
00:52Ini termasuk keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukumannya secara tahanan rumah yang diumumkan menerusi kenyataan media,
00:59bertarikh 18 September 2026.
01:02Badan Peguam turut memohon proseding dan keputusan Lembaga Pengampunan itu dibatalkan.
01:07Jika kebenaran semakan kehakiman diberikan,
01:10Badan itu mahu pelaksanaan tahanan rumah ditangguhkan setemerta sehingga semakan diputuskan.
01:15Terima kasih.
01:16Terima kasih.
01:17Terima kasih.
01:18Terima kasih.

Recommended