00:00Tiga rakyat Malaysia yang ditahan di Mauritius kerana membawa 76.14kg ganja bernilai RM9.87 juta
00:10dipercayai mengetahui dadah yang dibawa mereka sebelum ditahan pihak berkuasa negara itu.
00:16Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN Bukit Aman, Datuk Husin Omar Han berkata
00:21siasatan awal mendapati ketiga-tiga individu terbabit dipercayai mendapatkan bekalan dadah di Bangkok, Thailand
00:27sebelum membawanya ke Mauritius.
00:33Mauritius itu melibatkan tiga rakyat Malaysia yang pergi ke Bangkok.
00:43Jadi dua mereka, lelaki dan perempuan itu adalah pasangan dan seorang lagi adalah
00:49satu individu yang telah direkrut untuk pakej percutian. Jadi mereka pergi ke Bangkok,
00:57mereka ambil dadah, kita percaya dia ambil dadah, stok dadah itu di Bangkok untuk dibawa ke Mauritius.
01:03Jadi kita telah pun dikongsi maklumat-maklumat yang berkaitan untuk kita follow up di sini.
01:11Tapi yang pasti mereka singgah di Bangkok, depan Malaysia ke Bangkok.
01:16Di Bangkok dia ambil bekalan dadah itu untuk dibawa ke Mauritius dan mereka mengetahui apa yang mereka bawa.
01:24Ketiga-tiga rakyat Malaysia terbabit iaitu dua lelaki masing-masing berusia 22 dan 30 tahun
01:30serta seorang wanita berusia 18 tahun ditahan sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa
01:37siwur sagor ram gulam pada 2 November lalu.
01:41Media Mauritius melaporkan suspek berusia 30 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Singapura
01:49membawa 10.9 kilogram ganja.
01:53Manakala lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 18 tahun itu masing-masing membawa 32.5 kilogram
02:00dan 32.6 kilogram dadah jenis sama.
02:05Siasatan awal pihak berkuasa Mauritius mengaitkan dadah berkenaan dengan Thailand
02:09dengan laporan menyatakan sekurang-kurangnya seorang suspek transit di Dubai sebelum tiba di Mauritius.
02:16Terima kasih kerana menonton!
02:16Terima kasih kerana menonton!