00:00Kerajaan mahu memperkukuh kualiti pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana PKS
00:07bagi meningkatkan daya saing firma tempatan, selain membolehkan pekerja menikmati gaji lebih tinggi serta pekerjaan berkualiti.
00:15Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mahmud Nasi berkata,
00:18tumpuan kini perlu diberikan kepada pembiayaan yang mampu meningkatkan produktiviti serta menyokong perkembangan perniagaan.
00:55mengulas cadangan Bank Dunia, beliau berkata kerajaan turut mengambil maklum keperluan memperluan
01:00sejenis aset yang boleh dijadikan cagaran bagi memudahkan PKS mendapatkan pembiayaan.
01:06Untuk mendapat pinjaman adalah kolateral yang memerlukan hartanah sebagai jaminan,
01:13sedangkan firma-firma ini juga mempunyai aset-aset yang lain yang wajar diteliti seperti misionerinya,
01:24seperti dari segi keupayaannya, dari segi reservablenya, yang mana perkara itu wajar diberi pertimbangan
01:31untuk membolehkan our financing ataupun our funding segmen ini lebih utuh.
01:39Laporan Bank Dunia mendapati kira-kira 38% firma di Malaysia mempunyai pinjaman atau kemudahan kredit.
01:45Manakala kadar kelulusan pinjaman meningkat kepada 86% pada 2024 berbanding 68% pada 2015.
01:54Bagaimanapun, kira-kira 2 per 3 pelaburan aset tetap PKS masih menggunakan dana dalaman,
02:00menunjukkan keperluan memperluas pilihan pembiayaan bagi menyokong pertumbuhan sektor berkenaan.
02:06Bank Dunia turut menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 kepada 5.1%,
02:12meningkat 0.7% berbanding unjuran terdahulu.