00:00Beralih ke laporan tempatan, Jabatan Penjara bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kawalan keselamatan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang
00:09menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di Ibu Negara sejak selasa.
00:15Ketua Polis Negara Tan Sri Muhammad Khalid Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia PDRM sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang sentiasa bekerjasama
00:25rapat dengan Jabatan Penjara dalam memastikan pematuhan aspek keselamatan berkenaan.
00:32Bagaimanapun, katanya beliau telah mengarahkan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Sentul untuk melaksanakan pemeriksaan dan kawalan dari semasa ke
00:42semasa.
00:42Beliau berkata PDRM menempatkan beberapa pegawai bagi membantu Jabatan Penjara sepanjang tempoh bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman di
00:52rumah.
00:53Pada selasa, Najib mula menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sendiran Berhad menerusi kaedah tahanan rumah selepas Mahkamah
01:03Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa perintah itu berkuatkuasa serta merta.