00:00Sementara itu, pesara di Fakulti Kejuruteraan Universiti Pertahanan Nasional Prof. Makda Teknologis Dr. Ng Choy Peng berkata, pada 2004, JPJ mencadangkan pemasangan kotak hitam pada kenderaan komersial tetapi ia tidak diluluskan di parlimen kerana banyak bantahan daripada pengusaha kenderaan komersial.
00:20Lepas 21 tahun, masih lagi dia punya usul yang bagus ini tidak dilaksanakan. Sudah tiba masanya sepatutnya saya rasa kerajaan perlu draft undang-undang terutamanya untuk pemandu komersial ini membuat sesuatu bukan sahaja pada kenderaan, demi keselamatan pemandu dia sendiri dan juga keselamatan awam. So sepatutnya sesuatu perlu dibuat.
00:48Tambahnya, sistem telemetri boleh digunakan bagi menjejaki jarak dan masa perjalanan, menganalisis pemanduan dan tabiat memandu serta teknologi di mana kenderaan berhenti secara otomatik apabila pemanduan melebihi masa yang ditetapkan.
01:03Turut boleh dilaksanakan ialah sistem penanda turapan reflektif dinaikkan RRPM yang boleh memberikan lebih kejelasan penglihatan untuk pemanduan dalam gelap.
01:13Waktu malam apabila kereta dia buka lampu, cahaya akan dipantaukan balik. So kita boleh nampaklah jalan itu. Sebenarnya sekarang ada banyak material yang baru.
01:24Contohnya, dia boleh pada waktu siang, dia macam mana dia ambil tenaga matahari. So daripada tenaga matahari itu, nanti dia tukar pada waktu malam, dia boleh jadi cerah.
01:37So benda-benda macam ni patutnya digunakan untuk kita punya line marking lah. Kita punya road line marking. So ini akan membantu sekurang-kurangnya pemandu dia boleh lihat pada waktu malam.