00:00Seramai 405 pengamal media di seluruh negara menerima manfaat menerusi inisiatif Tabung Kasih at Hawana.
00:08Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzi berkata, lebih ramai pengamal media akan menerima bantuan itu menjelang sambutan Hari Wartawan Nasional Hawana 2025 di Kuala Lumpur Sabtu ini.
00:20Katanya antara salah seorang penerima Tabung Kasih ialah editor foto New Streets Time, NST, Ikhwan Munir yang diuji masalah kesihatan sejak beberapa minggu lalu.
00:32Beliau merupakan seorang yang telah berkhidmat 29 tahun di NST, menyertai NST pada tahun 1996.
00:41Dan kita telah menyampaikan sumbangan berbentuk sedikit wang tunai dan juga barang-barang yang mana kita harap dapat memberi sedikit semangat kepada beliau serta membantu dalam keadaan beliau tidak boleh bekerja.
01:02Beliau berkata demikian selepas melawat ikhwan yang sedang menjalani rawatan kanser usus di Hospital Putrajaya pada Isnin.
01:09Fahmi berkata pertubuhan berita nasional Malaysia bernama selaku pengelola Tabung Kasih akan terus memantau keperluan bapa kepada dua anak itu.
01:18Sementara itu, Fahmi turut mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Hospital Putrajaya mengenai liputan telekomunikasi dan capaian internet di fasiliti kesihatan itu.
01:28Jelasnya beliau akan meminta penyedia perkhidmatan telekomunikasi terbabit untuk menambah baik kekurangan akses jaringan di sayap baru fasiliti berkenaan.