Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Madleen yang membawa beberapa aktivis pro Palestin termasuk Greta Thunberg, sedang meneruskan perjalanan menuju ke pelabuhan Israel.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kita beralih pula ke laporan antarabangsa. Kapal Madeleine dikendalikan Freedom Flotilla Coalition, FFC, yang membawa 12 aktivis dari seluruh dunia, termasuk Greta Thunberg, sedang meneruskan perjalanan menuju ke pelabuhan Israel.
00:16Ia dimaklumkan oleh Kementerian Luar Israel dalam satu kemas kini di media sosial. Selepas ketibaannya, mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing.
00:25Terdahulu, Reuters melaporkan tentera laut Israel menaiki dan merampas kapal tersebut yang cuba melepasi sekatan tentera laut di semenanjung Gaza pada awal Isnin.
00:35Madeleine menyasarkan untuk menyampaikan sejumlah bantuan ke Gaza selain meningkatkan kesedaran antarabangsa mengenai krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.

Recommended