00:00Empat kru dilaporkan hilang apabila sebuah kapal kontena MV1 High 503 yang berdaftar di Singapura meletup di perairan luar pantai Kerala, India.
00:11Menurut Jurucakap Pusat Kawalan Pegawal Pantai, pihaknya menerima isyarat kecemasan pada pagi Isnin.
00:18Ekoran itu beberapa kapal dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran yang masih belum berjaya dikawal.
00:28Jurucakap Pegawal Pantai, India memaklumkan seramai 18 daripada 22 anak kapal berjaya diselamatkan, manakala seorang daripadanya dilaporkan cedera parah.
00:38Berdasarkan siasatan, empat kru yang masih hilang merangkumi dua warga negara Taiwan, seorang dari Indonesia dan seorang lagi dari Myanmar.
00:46Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat sedang digiatkan.
00:50Kapal kontenar sepanjang 270 meter itu berlepas dari Kolombo pada 7 Jun dan dijadual tiba di Mumbai pada Isnin.
00:59Setakat ini, punca letupan dan kebakaran masih belum dikenalpasti.