00:00Sementara itu pasaran saham Asia merosot pada awal dagangan Jumaat berikutan penurunan ketara dalam niaga hadapan Amerika Syarikat.
00:07Sementara itu harga minyak dan emas melonjak apabila pelabur bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Iran dengan beralih kepada aset selamat.
00:18Serangan Israel terhadap Iran mencetuskan kebimbangan terhadap ketegangan baru dirantau pengeluar minyak utama Asia Barat.
00:24Ia berlaku dalam suasana tekanan ekonomi global dan ketidaktentuan pasaran keuangan yang semakin memuncak akibat perubahan dasar perdagangan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
00:35Reaksi pasaran berlaku serta-merta apabila niaga hadapan SMP e-bini Amerika Syarikat menjunam 1.5%
00:42manakala niaga hadapan Nasdaq merosot 1.7% mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap risiko geopolitik.
00:49Pasaran saham serantau turut terjejas dengan indeks Nikkei Jepun susut 1.4% dan Kospi Korea Selatan turun 1.2% menunjukkan kesan langsung terhadap sentimen pelabur di Asia.
01:01Minyak mentah brem melonjak lebih 6% kepada 73.56 dolar Amerika setong manakala harga emas sebagai aset lindung nilai utama meningkat 1% kepada kira-kira 3,419 dolar Amerika se-aun.