Skip to playerSkip to main content
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa semua pihak perlu segera melaporkan kewujudan kandungan lucah dan tidak bermoral di media sosial bagi melindungi murid daripada ancaman jenayah siber.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM memandang serius laporan media mengenai kewujudan halaman pedofilia di media sosial yang memaparkan murid sekolah.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/733525/berita/nasional/lapor-segera-kandungan-lucah---fadhlina

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #FadhlinaSidek #KandunganLucah #Pedofilia

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan Malaysia KPM menegaskan semua pihak perlu segera melaporkan kewujudan kandungan lucah dan tidak bermoral di media sosial bagi melindungi murid daripada ancaman jenayah saiber.
00:14Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq berkata, KPM memandang siris laporan media mengenai kewujudan halaman pedofilia di media sosial yang memaparkan murid sekolah.
00:24Tambahnya Kementerian telah menyediakan modul Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial PEERS bagi meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan masyarakat khususnya murid, guru dan ibu bapak.
00:41Fadlina berkata, semua institusi pendidikan di bawah KPM diminta mematuhi Garis Panduan Sediada bagi menangani isu gangguan seksual dan khidmat sokongan psikososial juga perlu terus diperkukuh bagi memberi sokongan kepada murid.
00:57Dalam masa yang sama, Fadlina mendekaskan, ibu bapa perlu proaktif mendidik dan melindungi anak daripada gangguan seksual.
01:05Sebelum ini, itulah satu kumpulan awam di Facebook dikenali sebagai grup budak-budak sekolah rendah yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai susulan penyebaran gambar remaja perempuan dengan tujuan tidak senonoh.
01:18Kumpulan tersebut bagaimanapun didapati tidak lagi boleh diakses sejak petang Rabu.
01:27Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended