00:00Mahkamah Magistrat Bukit Mertajam menetapkan 18 Disember depan untuk serahan dokumen bagi kes tiga kanak-kanak Myanmar yang didakwa mengugut
00:09seorang wanita warga emas menggunakan beberapa objek pada 22 Oktober lalu.
00:15Sebelum itu, pertuduhan dibaca semula terhadap ketiga-tiga tertuduh berusia antara 11 hingga 12 tahun dalam bahasa Myanmar.
00:23Kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat Roshayati Radela.
00:31Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa secara bersama melakukan ugutan jenayah dengan mengancam untuk mencederakan mangsa yang berusia 71 tahun
00:42menggunakan beberapa objek termasuk mop, besi, lampu panjang berwarna putih dan batu.
00:49Perbuatan itu didakwa berlaku di hadapan sebuah rumah di tingkat Binjai 14, Taman Sri Rambai, kira-kira jam 6 petang
00:5722 Oktober lalu.
00:59Mereka didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun
01:11atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:15Sementara itu, peguam daripada Pusat Bantuan Guaman Pulau Pinang yang mewakili kesemua tertuduh S. Saktiaraj ketika ditemui di luar mahkamah
01:25berkata,
01:25anak guamnya dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Tinggi Butterworth pada 30 Oktober lalu.
01:32Menurutnya, ketiga-tiga kanak-kanak itu diikat jamin RM4,000 setiap seorang menerusi semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi
01:41Butterworth.
01:42Semakan kehakiman berkenaan difailkan oleh pihak magistrat berikutan terdapat ketidakaturan dalam prosedur penahanan mereka.
01:50Beliau berkata permohonan itu dibicarakan di hadapan pesuruh jaya kehakiman Suraya Mustafa Kamal di Mahkamah Tinggi Butterworth pada hari sama
02:00ketiga-tiga kanak-kanak itu didakwa.
02:02Menurutnya, selepas keputusan jaminan diberikan, ketiga-tiga kanak-kanak itu dibawa semula ke mahkamah yang mengendalikan kes asal
02:10sebelum dibebaskan kira-kira jam 7.45 malam pada hari sama.
02:15Beliau berkata ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan kini dibebaskan dan mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah kendalian pertubuhan bukan kerajaan
02:23NGO berhampiran.
02:29Terima kasih kerana menonton!